Monday 5 January 2015

I Love You Ustaz Poyo ! 1


Part 1
Tok! Tok! Tok! Ketukan dipintu yang begitu kuat membuatkan Amira Felisha bt Tan Sri Hisham a.k.a Fenn yang bergelut di atas katil terbangun. Dia mendesis. 'Hisy! kacau betul orang tidur!'
"Fenn! bangunlah Fenn! dah jam berapa nih nak pergi ke pejabat" ujar Mummynya , Puan Sri Faridah.
Fenn menggaru kepala , 'Mummy nih asyik bising jer! baru pukul berapa kot!' rungutnya di dalam hati. "Alright ! bagi Fenn 20 minutes untuk siap. Im still sleepy , mummy" ujarnya dengan mata yang tertutup.
"Mummy bagi 20 minutes je. Jangan sampai Daddy simbah air kat atas Fenn lagi. Mummy tak mau intervene! Fenn jawab sendiri" balas Mummy yang sudah berlalu pergi.
Fenn mendesis , kalau sudah melibatkan Daddynya dia jadi kecut. Bukan boleh ajak main orang tua tu , Tegas! itulah Tan Sri Hisham. Dengan anak , tidak boleh dimanja tapi dididik supaya menjadi insan berjaya. Tapi Fenn? Hanya gah pada ijazahnya sahaja. Hakikatnya , Akhlak Fenn yang jauh dari agama sukar dibendung. Lewat bangun , Masuk office ikut jam sendiri , kuat enjoy itulah peribadi Fenn.
'Arghh! peduli apa. Aku mengantuk sesangat ni!' ucapnya dalam hati. Bila nafsu menguasai diri apalagi? kalau tiada iman yang kuat , nafsu akan mengambil alih.
2o minit berlalu....
kedengaran lagi ketukan di pintu bilik Fenn. Fenn terus mencelikkan matanya.
"WHo's that?" soalnya.
"Fenn nak bangun sendiri or nak Daddy simbah air. Baik Fenn pilih!" putus Daddynya.
Mata Fenn terus terbuntang , dia segera bangun.
"Okay, Okay Fenn bangun sekarang. Bagi Fenn 20 minutes untuk siap! kali ni betul punya. Takda tipu-tipu! "UCap Fenn. Kecur air liur dibuatnya. Daddynya memang garang! Fenn sendiri takut.
"Takda 20 minit lagi! I know you're lying. Daddy bagi 5 minit saja untuk Fenn bangun dan basuh buka dan terus turun bawah. Daddy ada benda nak bincang!" ujar Daddynya mula menuruni tangga.
Fenn segera bangun mencapai tualanya lalu diikat dipinggangnya yang hanya terdapat seluar pendek aras lutut. Fenn mengambil berus giginya dan terus memasuki bilik mandinya.
Setelah beberapa minit , Fenn keluar dari bilik mandinya. Dia mengelap wajahnya yang baru dibasuhnya tadi. Fenn tersenyum memandang wajahnya di cermin.
"There you go! Nih baru Fenn! Cute" Pujinya sendiri. Well, siapa lagi nak puji kita kalau bukan diri sendiri . Takkan nak tunggu sehingga orang lain puji kita kot , kan?
Fenn segera berlalu dari biliknya dan mula menuruni anak tangga , sambil dia turun sambil dia bernyanyi kecil.
Tiba di ruang tamu , Fenn terlihat sosok tubuh yang sedang membaca surat khabar. Fenn senyum dan mula mendekat seseorang yan disangka Daddynya.
Fenn mengambil tempat disebelah lelaki tersebut dan mula menghirup Milo yang disediakan oleh pembantunya. Argghhh! segar.
"Daddy , kata nak bincang something? So what is that" soal Fenn membuka bicara.
"assalamualaikum!" Lelaki tersebut menutup newspapernya dan segera menghadiahkan senyuman kepada Fenn.
Fenn terkejut dan terus melihat dirinya yang hanya berbaju t-shirt sendat putih dan tuala merah jambu sebagai ganti seluarnya.
"Mummy! daddy! ada pencuri" Fenn terus berlari mencari mummy dan daddynya.

No comments:

Post a Comment