Monday 5 January 2015

I Love You Ustaz Poyo ! 5

Part 5
“tok!tok!tok!” ketukan di pintu membuatkan Fenn tersedar tapi matanya masih bertutup.
“Fenn” seru Dato Hisham.
Fenn membuka kelopak matanya perlahan-lahan , tidurnya yang menyebelah kiri berpaling ke sebelah kanan. Posisinya langsung tidak bertukar. Masih seperti tadi.
Dia menggaru kepalanya , ‘hisy , apa pulak Daddy nak subuh-subuh nih?!’ soalnya di dalam hati.
“Amira Felisya!” seru Dato Hisham lagi. Tombol pintu dipulas membuatkan Fenn terus terduduk.
Pintunya berkunci , Fenn menelan air liur. “Daddy , apa nih kacau orang subuh-subuh nih?” rungut Fenn sambil tangannya menutup mulutnya yang sedang menguap. ‘tak pernah-pernah daddy bangunkan orang subuh-subuh nih!’
“bangun cepat. Kita solat subuh berjemaah!” ujar Dato Hisham.
Fenn menbuntangkan mata , ‘What?’ terlopong dia. Tidak pernah-pernah Daddy suruh dia solat subuh , tiba-tiba hari ini nak suruh dia pulak? Apa dah jadi?! Hati Fenn menggerutu. ‘Nih mesti sebab si Poyo nih!’ ucapnya.
‘eeee , mentang-mentanglah semalam dia dah Berjaya buat orang Insaf tak jadi keluar malam , hari nih pun nak tunjuk lagak bagai? Tak guna! Damn it.’ Fenn mengetap bibir. Geram jadinya dengan Aiman. Sudahlah semalam dia tidak pernah-pernah terfikir soal mati , tiba-tiba menangis dan rasa seram hari nih nak pandai-pandai ajak orang solat pulak. Ewah-Ewah , adakah dia sengaja menunjukkan perangai poyonya itu?!’
“Fenn?”
Fenn merenung pintu biliknya yang kelihatan diketuk lagi. “err , daddy dengan yang lain solat dulu. Nanti Fenn solat sendiri” ucapnya sambil tersenyum.
“Ehh , apa pulak nak solat sendiri? Ingat Daddy tak tahu? Bukannya Fenn solat , tapi sambung membuta. Dah , jangan nak mengada. Cepat basuh muka tu dan turun. Kita solat Jemaah dengan Aiman” beritahu Daddynya panjang lebar.
‘eeeeeee!’ ujarnya geram dalam hati. Fenn menumbuk-numbuk katilnya geram. ‘kan aku dah kata ? nih mesti kerja si poyo nih? Apa dia ingat ,aku nak berubah sebab ‘tazkirah’ dia semalam? Memang taklah poyo! Kau takkan dapat ubah aku’
“Ala , Daddy. Fenn still mengantuk ni. Daddy solat dulu ya. Nanti kejap lagi baru Fenn solat.” Ujar Fenn berura-ura untuk menyambung tidurnya kembali. Sudahlah dia kurang tidur , disuruh pulak bangun solat. Memang hidup seumpama dalam neraka lah bila ada Aiman!.
Beberapa minit kemudian , suara Daddynya sudah tidak kedengaran lagi. Fenn senyum lega. ‘akhirnya , daddy mengalah juga!’ ucapnya bangga dalam hati. Dia nak rehat kerana besok pagi dia ingin keluar shopping bersama kawan-kawannya.
Baru sahaja dia hendak menutup kelopak matanya , tiba-tiba pintu biliknya diketuk lagi.
Fenn kali ni hilang sabar , dia segera bangun duduk di atas katil sambil merenung pintu biliknya.
“Daddy ! kan Fenn dah cakap , Daddy pergi dulu. Nanti Fenn solat sendiri” ulang Fenn sambil bercekak pinggang.
“ini abanglah bukan daddy!” gulp! Fenn tertelan air liurnya. Terkejut dia mendengar suara Aiman.
“hey you , apa yang you nak?” soal Fenn geram. Naik turun , Naik turun dadanya oleh Aiman.
“Daddy suruh Fenn turun sekarang kalau tak…..”
Fenn mencebik , “ Kalau tak apa?” ucapan Aiman dipotongnya secara tiba-tiba.
“Kalau tak nanti esok tak dapat pergi Shopping sebab Daddy tak izinkan!” sayup-sayup kedengaran suara Aiman.
Fenn senyum , “who do cares? You are cheating. Pergi mampos izin ke tak. I nak tidur. Dah you blah!” ucap Fenn sombong sambil ketawa mengekek. ‘kacau daun jer!’ getus hatinya sambil kepalanya diletakkan kembali keatas bantal.
“okay , jangan menyesal tak dapat shopping!”
Fenn mencebik di dalam bilik , kedengaran tapak kaki Aiman yang hendak berlalu. “peduli apa aku!” Fenn mula menutup mata, dalam pada hendak tidur tiba-tiba dia teringat kata-kata Aiman. ‘kalau tak nanti esok tak dapat pergi shopping sebab Daddy tak izinkan!’ sepantas kilat dia terduduk semula.
“Oh god! Tak fasal-fasal nanti Daddy tak bagi shopping!” rungutnya sambil menunjal-nunjal kepalanya.
“why im so stupid?”
“grrr! Aiman memang saja nak seksa aku” Dia terus bangkit ke bilik air untuk mengambil wuduk.
*************************************************************************************
“hah , mana dia Aiman?” soal Dato Hisham apabila dilihatnya Aiman turun seorang diri.
Aiman menelan air liurnya. ‘Apa nak cakap nih?’ “Err.Fenn…..dia…err….”
“di sini!” fenn yang melangkah pantas berdiri disebelah Aiman sambil tersengih. Dijelingnya wajah Aiman disebelahnya. ‘kalau bukan sebab nak dapatkan keizinan untuk pergi shopping , memang tak dia nak ikut kata Aiman! No Way forever!
Dato Hisham senyum senget. “nih sejak bila nak solat nih? Tadi Daddy panggil bukan main liat lagi dia. Aiman pakai petua apa?” soal Dato Hisham.
Fenn melopong , ditenungnya wajah Aiman yang tersengih. ‘Oooo , so kau tipu aku lah nih!’ Fenn mengetap bibir. Macam mana dia boleh jadi bodoh ditipu aiman? Bagaimana dia boleh percaya kata-kata aiman?
“tak ada apa pak long. Cuma gertak sikit je!” ucap Aiman sengih.
Fenn menggerutu. “Dah , dah nih bukan sesi bersembang , okay! Cepatlah. Orang still mengantuk nih” rungutnya dengan hati yang panas. Dia mendekati ibunya yang sudah berdiri sambil memakai telekung.
Aiman dan Dato Hisham ketawa. Nampak sangat anak Dato nih tak ikhlas nak solat! Ucap Aiman di dalam hati.
“Comel anak Mummy nih bertelekung.” Puji Datin Faridah sambil menggosok kepala anaknya.
Fenn mencebik , sempat dia mengerling Aiman yang sedang menahan senyum.
“Dah , Dah. Man silalah jadi Imam ye” pelawa Dato Hisham sambil memeluk bahu Aiman.
“No , why should he? Dia tu dahlah ustaz. Lama sangat bacaannya. Karang kalau Fenn tertidur , Daddy jugak yang marah. Susah-susah , Daddy je lah imam” ujar Fenn tidak puas hati.
Dato Hisham menggeleng kepala , ‘keras kepala! Kepala batu!’ “Hesy , kira oklah tu diimamkan oleh Aiman. Dah , no rungut-rungut.”ucap Dato Hisham mengambil tempat sebagai makmum.
Aiman yang direnung Fenn hendak menyambung kata-kata Daddynya terus memotong , “Dahhhh! You kalau nak jadi imam , jadi je. Jangan nak berceramah kat sini. Tak fasal-fasal jadi subuh gajah pulak kita semua!” sindir Fenn sambil berdiri diatas sejadahnya. dia memeluk tubuh sambil menjeling ke arah Aiman.
Aiman tergelak , “Hesy , macam mana hidayah nak masuk , awal-awal lagi dia menolak!” Aiman menggeleng kepalanya. Dia mula berdiri pada barisan yang paling hadapan untuk menjadi sebagai imam.
“eeee , you nih kann…..” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya , Mummynya sudah menarik tangannya dan memberi signal untuk tidak berbicara lagi.
Fenn terdiam , dia hanya mengetap bibir. ‘Memang lah si poyo nih menyampah betul aku!’

“Allahuakbar” kedengaran sayup suara Aiman melaungkan takbir dan mengangkat tanganya diikuti oleh Dato Hisham dan datin faridah. Fenn tersentak cepat-cepat dia berniat di dalam hati dan mula mengangkat takbir juga.

No comments:

Post a Comment