Monday 5 January 2015

Dia Khalifah Untukku

Part 1
“Perindu Syurga?” Nurul Amira mengerut dahi. Setahunya tidak pernah dia menambah rakan di facebook yang bernama Perindu Syurga. Tapi hari ini , tiba-tiba sahaja muncul pemilik akaun Perindu Syurga di ‘Halaman Utama’ Facebooknya.
Amira menjongket bahu. Tidak mahu memikirkan soal itu. Belum sempat dia menscroll mouse untuk melihat status-status yang lainnya status milik Perindu Syurga itu menarik perhatiannya. Amirah tidak jadi untuk menscroll tetapi berhenti menyentuh mouse. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang tika melihat isi status milik Perindu Syurga.
‘Andai benar cintakan Allah lalu mengapa masih nama ajnabi menjadi dambaan? Jika cinta manusia perlukan bukti maka cinta padaNya juga perlukan bukti. Buktikan ungkapanmu yang sering kali mengatakan bahawa kau mencintaiNya. Apa ya , dengan hanya mengungkapkan Aku mencintaiMu Allah tetapi hati masih mengingati nama seorang ajnabi itu dikatakan Cinta SesungguhNya?’
Amirah menelan air liur. Makan dalam sungguh ayat itu. Amira menunduk. ‘Benar kata orang ini. Apa cukup kata-kata yang dibibir mengatakan Aku cinta Allah membuktikan bahawa aku benar mencintaiNya?’ hatinya menggerutu.
Astagfirullah. Astagfirullah. Astagfirullah. Kalimah suci itu dilaungnya tiga kali. Ternyata benar susahnya untuk menggapai cinta Ilahi bila hati masih mengingati insan ciptaanNya. Allah! Sungguh hambaMu ini rapuh. Luah Amira. Dia masih belum dapat melupakan pemuda itu. Pemuda yang dikenalnya sewaktu berumur 14 tahun , semasa dia bersekolah. Satu-satunya lelaki yang Berjaya menutup pintu hatinya untuk lelaki lain.
“Assalamualaikum!”salam yang diberi oleh seseorang membuat Amira tersentak. Nostalgia mula hilang dari segenap ingatannya. Amira mengangkat wajah tersergam indah wajah abang longnya yang Handsome.
“Abang long” seru Amira. Segera dia mendapatkan abangnya dan menyalam abangnya. Sudah 3 jam dia ditinggalkan di studio milik abangnya. Sudah 2 bulan dia menjaga studio itu selepas dia tamat menghabiskan pelajaran sewaktu di UM , Malaysia dulu.
“Hesyy , Achik buat apa tadi tu?” soal Amirul Fauzan khuatir. Pelik. Selalunya adiknya pasti akan sedar akan kehadirannya tetapi hari ini tidak. Dan lebih pelik , adik bongsunya itu dilihatnya menunduk sahaja.
Amira menguntum senyum. “tak ada apa. Kawan abang long tu dah sampai ke?” soal Amira mengalih topic. Malu pula hendak bercerita soal apa yang berlaku tadi.
Amirul Fauzan senyum. “Alhamdulillah dah sampai. Esok dia nak ke studio” beritahu Amirul.
Amira mengangguk sahaja. Kawan abangnya yang dimaksudkan ialah rakan kongsi abangnya untuk membangun Studio ini. Bezanya rakan kongsi abang longnya itu hanya menyumbang modal dan sekali-sekala dia menjenguk studio ini kerana rakan abangnya itu mempunyai pekerjaan yang tetap iaitu Pilot Kapal Terbang MAS.
“Jadi , Achik tak perlulah datang sini esok kan along?” ujar Amira. Selama dia bekerja di Studio milik abangnya dan rakan kongsinya tidak pernah lagi dia bertentang mata dengan rakan kongsi abangnya itu. Setiap kali dia diberitahu akan kedatangan rakan kongsi abangnya itu pasti Amira tidak akan datang ke studio itu kerana dia berasa tidak selesa.
Amirul Fauzan senyum lagi. “Hesy! Sampai bila achik nak mengelak nih? Datang jelah. Abang long kan ada. Tak perlu malu. Dia bukannya peramah sangat orangnya”
“Cuma….”
Amira mengerut dahi. “Yang along siap bagi character dia tuh kenapa?Bukan macam tu. Achik Cuma rasa tak selesa. 4 tahun dekat UM , achik jarang speak dengan students lelaki sebab tu dah tak biasa.”
Amirul Fauzan tergelak kecil. “eleh , abang long just test achik jer tadi tu. Tau sangat adik comel Along nih malu dengan lelaki kecuali dengan abang long dia nih jer” amirul sengih sambil menaikkan kening merenung adiknya.
Amira senyum. “bukan dengan along jer okay.” Dia menjeling abangnya.
Amirul Fauzan mengerut dahi , “Ada lagi ekk? Along tak tahu siapapun. Pak we ehh?” usiknya.
Papp! Tamparan dari tangan Amira melekat ditangan abangnya. “Hesy! Ada pulak sampai ke situ. Takda maknanya orang ada pakwe. Maksud Achik babah dengan abang ngah lah!”
Amirul Fauzan mengurut tangannya. “Uiksss sakitlah. La , ingatkan dia nih dah lembut saja. Rupanya perangai ganas dia tu still ada. Tak da orang nak baru tau!” seloroh Amirul.
Amira menjelir lidah. “Tak kisah pun! Takda orang nak lagi bagus. Tak payah kahwin. Tak payah sakit hati” dia terus berlalu.
Amirul Fauzan menggeleng kepala sahaja sambil matanya liar merenung adiknya yang comel bertshirt labuh dan juga berselendang biru laut itu.
“Kesian adik aku! Tak fasal-fasal dia anti lelaki. Sampaikan nak jumpa Zikri pun tak nak!” Amirul Fauzan mengeluh. Dia kesihankan adiknya. Sebab seorang lelaki itu yang melukai adiknya berkali-kali hati adiknya itu menjadi beku. Beku seperti ais di kutub utara. Adiknya si bakal Doktor itu sekarang ini hanya menumpukan sepenuhnya perhatian untuk membantunya di studio dan membantu Mama dan Babah dirumah

No comments:

Post a Comment