Monday 5 January 2015

I Love You Ustaz Poyo ! 4

Part 4

"Yes! Mesti mummy , daddy dan si poyo tu dah tidur!" ujarnya bangga. Seharian dia ditemani oleh si poyo , malam ini dia ingin enjoy tanpa si poyo itu! Rimas betul dia! Si Poyo sudah menunjukkan sikap Diktatornya. Mentang-mentang anak buah daddy.

Fenn mengambil high heelsnya dan mula menuruni tangga perlahan-lahan.
Sempat lagi dia mengerling bilik mummy dan daddynya. Ternyata lampu sudah padam. Set!

Tiba di ruang tamu bawah , dia terjenguk-jenguk pintu bilik Aiman. Sah! dia sudah tidur. Getus hatinya. Dia berjalan terkedek-kedek menuju ke muka pintu.

"Nak ke mana tu?" Sapaan seseorang membuatkan Fenn terkejut dan High Heelsnya terlepas dari tangannya.

"Mummmy!" Fenn berteriak. Jantungnya berdegup kencang. 

Aiman tersengih , dia mula berdiri di hadapan Fenn.

Fenn tersentak , terkejut dia memandang wajah Aiman dengan senyuman sinis di bibirnya.

"Fenn! What was that?" Kedengaran suara Tan Sri Hisham dari tingkat atas.

Fenn menjeling Aiman dan kepalanya didongakkan seolah-olah daddynya berada di atas. 'Mati aku kalau daddy tau!' 

"Nothing , daddy. tadi ada 'lipas' masa Fenn ambil air kat bawah!" jelasnya.

Aiman senyum , 'pandai betul dia menipu!' getus hatinya.

"Hesy , budak nih! Dah cepat naik. Pi tidur" pesan Tan Sri Hisham 

Fenn senyum lega , "Alright , daddy!" Dia menghembus nafas lega bila tiada lagi kedengaran suara Daddynya. 

Fenn berpaling memandang wajah yang sedang berteleku berjarak 30 meter darinya.

"What are you doing here?"

Aiman menjongket keningnya memandang Fenn yang menyoalnya sinis. "I taught I'm the one who asking you right. Nak kemana nih?" soal Aiman pula.

Fenn menjengil , "Tak payah sibuklah! Orang nak keluar" Fenn bersahaja dan hendak berlalu.

"Wait"

Fenn berpaling sekali lagi , "What? Apa pula kali ini? Please lah! I dah rasa terkongkong sehari dengan you. Tak boleh ke I nak bebas sedikit? Rimaslah dengan you!" tengkin Fenn.

Aiman senyum sahaja ,

"You ingat nih joke ke you nak senyum segala? dahlah tak handsome!" kutuk Fenn selamba.

Aiman tergelak , "Well , are you sure that Im not the handsome? Orang kampung semua puji abang handsome. Fenn je yang ego. Tak mau mengaku" Bicara Aiman sengaja melengah-lengahkan masa.

Fenn membuat muka , "Please! Nak i muntah kat baju you? Lagipun I bukan orang kampung lah! Diorang tu memang buta kata you handsome!" perli Fenn. Perasantan betul lelaki nih!

Aiman tergelak. Fenn menjeling.

"Dahlah , I nak gerak. You jangan report daddy tau." Pesan Fenn dan hendak berlalu.

Aiman terus mendahului Fenn mengambil kunci keretanya yang tergantung di dinding dan kunci rumah sekali. 

"You are not going anyway!" tegas Aiman.

Fenn tersentak , "Hey , you sapa nak larang-larang I? Ini rumah I! Tolong sedar diri sedikit!" sindir Fenn sambil berpeluk tubuh.

"Bak sini kunci tu!" Fenn cuba mengambil kedua-dua kunci itu. Wasting time betul si Poyo nih! Malangnya , Aiman pantas mengelak.

"Lagi Fenn cakap macam tu , abang takkan sekali-kali benarkan Fenn keluar. Jangan Harap!" Wah,Wah , Wah ! Si Poyo sudah menunjukkan sikap diktatornya! Aiman berpeluk tubuh.

Fenn mengetap bibir. "APa yang you nak hah? You nih tak puas lagi ke urus hidup I? You mind you own business saja boleh tak? Jangan ganggu hidup I !" Tengking Fenn sambil muka ketatnya memandang tepat wajah Aiman yang tenang.

Aiman menghembuskan nafas perlahan-lahan. 'sabar!' ucapnya di dalam hati. "Pak Long dah kata jangan keluar malam!"

"Eh! pergi mampos lah dengan semua tu. Aku nak keluar lah! Dah lambat" Ujar Fenn menarik nafasnya dalam-dalam. See? Bila dia dah marah , Rasa hormat pun hilang.

Aiman menggeleng kepala , sedikit pun dia tidak terkejut dengan reaksi Fenn. Dia sudah biasa dengan perangai pelajar-pelajarnya dahulu sewaktu menjadi guru sandaran di sebuah sekolah di Kampungnya dahulu.

"Hang nih memang ketegaq na! Abang dah kata , lagi Fenn cakap kasar lagu nih. Then , you are not going anyway !" Ujar Aiman sedikit keras.

Fenn mengeluh perlahan , dia mengetap bibir. Kalau diteruskan jugak perang nih , sah! lama-lama daddy dan mummy akan terbangun dan dia takkan dapat keluar! Fenn mengomel di dalam hati.

"Okay , Okay! I Minta maaf. Kita berbaik" Ucap Fenn sambil menghulur tangannya untuk bersalam.

Aiman senyum sinis , nampak sangat tak ikhlas. 

Fenn menarik kembali huluran tangannya , malu dia! Lupa bahawa lelaki dan perempuan yang bukan muhrim itu tidak boleh bersalaman.

"Sorry! I minta maaf atas salah silap I. Kita berbaik ya?" Fenn melemparkan senyuman kepada Aiman.

Aiman berkira-kira , mulutnya bergerak-gerak. "Okay. Tapi ada syarat!"

Fenn mengerut dahi , 'What? Syarat?! Menyampah betullah si Poyo nih. Bersyarat pulak dia nih' Dia mengetap bibir. "Okay then! Apa syaratnya?"

Aiman senyum puas , "Syarat pertama , Abang kena ikut kemana-mana pun Fenn pergi kecuali Toilet dan bilik sendiri!"

"What?" Terbuntang wajah Fenn mendengar kenyataan lelaki yang merangkap abang sepupunya itu.

"Dah gila! No way" balas Fenn sombong. 'Memang gila dia nih! Takkan kemana-mana harus ditemani oleh si poyo. Grr , memang tak!

"Syarat kedua , Fenn tak boleh keluar rumah tepat dari pukul 9.00 malam sampai esok pagi! Hahh , tu syarat abang" jelas Aiman.

Fenn menelan liur , "What?! Are you damn crazy? Dah gila? YOu nak kongkong I?"

"Terserah. Kalau tak nak abang beritahu pak long yang Fenn nak keluar sekarang baik ikut cakap abang" Cadang Aiman.

Fenn terus membulatkan matanya, "Hisy! Okay-Okay. Fenn ikut. Childish la. Sikit-sikit nak report daddy!" Omelnya.

Aiman senyum. Fenn mencebik.

"Okay , now I nak keluar. PleasE? kali nih je?" Ucap Fenn sambil menunjukkan wajah comelnya.

Aiman menundukkan wajah , dalam hatinya dia beristighfar. Takut jika nafsu menguasai diri. "Tidak!" putusnya.

Masam mencuka wajah Fenn semula , "Ala , bolehlah. Kali nih je? Please" Ujarnya lagi mencari anak mata Aiman.

"Tak boleh!" 

Fenn mengeluh , "bencilah macam nih! Buat apapun tak boleh. You nih mengada tahu tak?! Kawan-kawan I dah tunggu I lah" Dia berpeluk tubuh.

"Kan pak long tak izinkan , mana boleh derhaka!"

Fenn tersenyum sinis , "Derhaka? Eh , hello! I tak lawan cakap daddy ok. Tuh pun nak kira derhaka ke?" soalnya menyindir.

Aiman senyum sinis 'naif atau bodoh?' "Derhaka bila tak dengar cakap! Langgar perintah mak bapa, Tak diajar ke kat sekolah?"

Fenn mengetap bibir , Poyo betullah lelaki nih! "Dah! Tak payah ceramah I. I tahu tu semua. Tapi kawan-kawan I dah tunggu nih." beritahu Fenn.

"Apa susah? Called lah , katakan cancel. Daddy tak bagi" Selamba sahaja Aiman berkata-kata.

Fenn merenung wajah Aiman dengan perasaan marah yang meluap-luap. 'Eeeee!' "Menyampahlah u nih! ini tak boleh , itu tak boleh. Semua tak boleh!" rungut Fenn sambil berpeluk tubuh. Ditahannya sahaja geramnya sejak tadi.

"Bukan tak boleh. Tapi itu memang Allah tegah buat. Cuba bayangkan , Fenn keluar rumah tapi orang rumah Fenn tak tahu pun Fenn keluar. Paling teruk , parents tak bagi izin. Fenn ingat kalau Fenn mati kat jalan raya dalam keadaan menderhaka tu? dahlah belum bertaubat! Derhaka mak ayah pulak tu!" Ucap Aiman panjang lebar.

"Amboi , boleh gituh ustaz doa yang tak baik untuk orang lain? Mana you tahu I mati ke tak , hah? Ajal maut ditangan tuhan la , bukan tangan you! Lagipun I ni masih muda lagi , tua-tua lah baru nak mati" ujar Fenn sombong.

Aiman menggeleng kepala sekali lagi , " Astagfirullahalazim. Bukan abang doa tak baik untuk Fenn. Ini sekadar peringatan. Ajal maut ditangan Allah. Tiada siapa yang tahu. Tapi Ajal juga tak mengenal usia. Fenn ada dengar tak dekat berita seorang remaja 14 tahu meninggal dunia selepas accident. Masa tu mak bapak dia tak izin pun dia keluar , tapi dia ketegaq nak jugak keluar. Last last , Allah bagi balasan cash. Dahlah dalam keadaan buat dosa. Allah tak terima tau! Fenn nak macam tu?" soal Aiman.

Kecut air liur Fenn mendengar cerita Aiman. selama ini dia bukan melihat berita di kaca tv tetapi sibuk berchating dan keluar bersama-sama kawan-kawan. Ya kan? Tak terfikir pun kalau aku mati bila keluar tak beritahu mummy , daddy. Paling teruk bak kata si poyo , tak dapat izin daddy. ' Terbayang-bayang diwajahnya bagaimana keadaan orang yang sudah menderhaka kepada kedua orang tua mereka. Tapi hatinya masih keras! jiwanya , jiwa muda! Jiwa yang inginkan kebebasan!

"Macam mana? Fenn , Ajal maut tak mengenal usia. Ada sahaja orang mati muda. Tua bukan syarat utama mati! Takk. Jadi kita nih sebagai hamba Allah , kena sentiasa bersedia sebelum dipanggil oleNya. Dalam erti kata lain , kita kena sentiasa bertaubat sebelum Allah panggil. Kita datang dari syurga dalam keadaan baik , jadi mestinya kita nak pulang ke sana jugak kan?" Soal Aiman sambil memandang wajah adik sepupunya yang mula terdiam sejak soal agama dibahasnya .

"Tapi kalau Fenn nak keluar jugak , suka hati Fenn lah! Abang malas nak tegur-tegur lagi. Tanggungjawab abang , abang dah pun tunaikan. Jadi tinggal diri Fenn sahaja bagaimana. Nak guna Iman atau Nafsu serakah inginkan kebebasan dunia. Assalamualaikum , Selamat malam!" Aiman meletakkan kembali kunci diatas mejanya dan berlalu pergi.

Fenn menelan air liur. terkesan di hatinya kata-kata si poyo. Terus sahaja dia terbayang-bayang wajah Daddy dan Mummynya yang menangis dan marah apabila dia keluar lewat malam. Dan dalam masa itu , Fenn yang seperti tidak punya perasaan hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak semena-mena air matanya jatuh. 

'Daddy , mummy. Im sorry!' ucapnya di dalam hati. Fenn dengan langkah berat berlalu naik ke atas kembali.

Aiman yang memandang situasi itu tersenyum , 'Alhamdulillah! Semoga Engkau melembutkan hatinya ya Allah!' pintu ditutup.

################################################################################

No comments:

Post a Comment