Monday 5 January 2015

Dia Khalifah Untukku 3

Bab 3
Amira berjalan perlahan-lahan menuju ke Butik Muslimah Angkasa milik Florita. Dia sudah minta izin dengan Abang Longnya untuk ponteng daripada menjaga Studio untuk memujuk Florita. Lagipun , kalau bukan sebab itu Amira jugak tidak mahu ke Studio bertemu dengan rakan kongsi abangnya itu kerana dia terlalu malu.
‘Butik Muslimah Angkasa’ banner bewarna biru itu ditenungnya. Amira senyum gembira. Alhamdulillah! Akhirnya sampai jugak. Dia perlahan-lahan membuka pintu kaca milik butik itu.
Pappppp! Kepalanya terhantuk di pintu kaca itu apabila pintu itu ditolak dari dalam. Amira terundur ke belakang.
“auwwwwww!” adunya sambil memegang dahinya yang berasa sakit itu.
“ya Allah! Maaf , saya tak perasan!”ucap si lelaki serba salah. Dia merenung Amira yang menggosok dahinya.
Amira mengangkat wajah. Matanya terkejut melihat pemilik suara itu. Tiba-tiba hatinya berdebar saat melihat sosok itu sedang merenungnya dengan wajah kerisauan. Astagfirullahalazim! Dia terus menunduk. Dahinya masih dipegang. Sakitnya bukan kepalang. Pakai Spek Mata tapi tak boleh tengok dahulu ke yang aku nak masuk?!’ rungut Amira didalam hati . geram dengan lelaki itu.
“maaf , saya tak terperasan tadi” ucap si lelaki lembut. Aduh! Macam manalah dia tidak terperasan bahawa ada orang yang sedang untuk mencoba menolak pintu itu. Dia sendiri bingung. Rasa bersalah mula menjalar dalam hati Zikri.
Amira mengeluh. Sampai bila dia nak berdiri disitu? Mahu tidak mahu Amira kena becakap jugak. “Takpa. Saya okay. Boleh saya lalu?” akhirnya suara itu keluar jugak apabila hampir 4 tahun suara itu tidak pernah menyapa dan disapa lelaki ajnabi kecuali jika untuk perkara-perkara penting.
Zikri senyum. “Maaf sekali lagi. Silakan” Zikri memberi ruang untuk Amira berlalu. Dengan lajunya , Amira memasuki butik itu tanpa merenung pun wajah Zikri.

Zikri tiba-tiba senyum. Entah kenapa sejak berjumpa gadis bertudung labuh merah hati itu menarik hatinya untuk mengenali wanita itu lebih lembut. Wajahnya yang sempat Zikri tenung kurang daripada 1 minit membuatkan Zikri kagum. Indahnya ciptaan Mu ya Allah! Adakah ini gerangan bidadari yang Kau kirimkan untukku? Getus hati Zikri. Sejuk hatinya memandang perilaku Amira yang menjaga ikhtilatnya. Astagfirullahalazim! Apa yang aku ingat nih? Zikri menggeleng kepala. Mustahil wanita secantik tu tiada yang mau. Dia terus berlalu tidak mahu terfikir soal itu lagi kerana sekarang dia harus ke studio. Amirul Fauzan sedang menunggunya di sana!

No comments:

Post a Comment