Wednesday 7 January 2015

I Love You Ustaz Poyo ! 7

Bab 7
Aiman hanya berdiam diri melangkah mengikuti 3 gadis yang sedang berbual dihadapannya itu. Sudah 2 jam mereka berputar-putar di Shopping Mall itu namun belum kelihatan tanda-tanda bahawa mereka mahu beralih pulang.
Aiman mengeluh. Merah padam wajahnya kerana harus mengiringi 3 gadis itu. Kalau bukan sebab permintaan Pak Longnya , tak hingin dia nak ikut mereka . dahlah,  berpakaian macam tak cukup kain! Hisy.
Mata Aiman meliar. Tiba-tiba di terlihat symbol ‘surau’ di hujung Mall itu. Aiman terus merenung Jam di pergelangan tangannya. ‘Dah masuk zohor’ ucap Aiman di dalam hati.
“Stop!”ucap Aiman.
Ketiga gadis itu serentak berhenti. Fenn mengerut dahi. Dia mendekati Aiman sambil mengetap bibir.
“Apa stop-stop?”soalnya garang. Dia mengerling Aiman. Malas betul dia tadi. Adakah patut Aiman nak masuk ke kedai yang mana hanya untuk wanita. Hisy! Memalukan betul. Apabila diberitahu Aiman tentang kedai itu , barulah Aiman tersedar dan hanya menunggu mereka di luar.
Aiman mengerling jam. “Abang nak solat zuhur kejap.”beritahunya.
“Ehh , kenapa nih?”Diana pula menyoal.
Fenn tersenyum sinis. “Ada orang tu nak solat.”
“Tuhlah , tadi I suruh tak payah ikut. Nak jugak you ikut. Menyusahkan betullah! I geram betul dengan you nih”bentak Fenn menjeling Aiman.
Fara dan Diana menggeleng kepala. “Fenn , kau nih cakap macam tu pulak dekat sepupu kau. At least , kalau dia ikut , dia boleh jaga kita. Dan……”
“Dan bolehlah you cuci mata nampak muka dia nih kan?”tambah Fenn. Dia mencebik. Macam dia tidak tahu yang kedua-dua sahabatnya itu asyik mengerling Aiman saja , topic perbicaraan mereka juga tentang si poyo sampai dia pun dah naik rimas jadinya. Handsome sangat ke si Poyo nih hah?!
Aiman ketawa. Fara dan Diana tersenyum malu. “Kenapa? Jealous ke?”duga Aiman dengan senyuman di bibir. Niat awal hanya nak mengusik.
Mata Fenn membulat. Boleh pulak keluar soalan luar alam tu! “Hey , you ingat You Thomas Cruise ye I nak cemburu? Dahlah muka tembok. Asyik nak kacau I saja. Blah lah you!”ujar Fenn sambil menjelir lidah.
Aiman ketawa. “Bila masa pulak abang kacau Fenn? Setahu abang , Pak Long yang suruh abang ikut Fenn kan? Hah? Macam mana tu?”
Fenn mencebik. Kawan-kawannya sudah mentertawakannya. Malu dia.
“Dah! Dah! You jangan nak mengada. Kalau you nak solat , you pergi je solat. Tak payah nak saiko orang pulak!”Fenn menarik nafas dalam-dalam. Eeee! Panas betul aku. Kenapalah aku kena berjumpa dengan dia nih balik? Kenapa? Kenapa?!
Aiman sengih. Ingatkan kuat saiko lah nih?! “Okay , Okay. So , korang nak tunggu kat mana nih? Pergilah singgah Kedai Tutti Frutti dulu , rehat-rehat. Saya tengok korang nih asyik jalan je , belum rehat lagi.”
Fara mengangguk. “ye betul cakap Aiman tu. Fenn , stay Tutti Frutti jom sementara Aiman pergi solat.”ujarnya sambil tersenyum.
Fenn menjeling Aiman. “tak payah you suruh pun , kitorang memang nak ke sana. Dah , guys. Jom!” marah punya pasal  , muka aiman dijelingnya. Sakit betul hatinya !
“Fenn!”seru Aiman lagi.
Fenn berpaling. “Apalagi you nih? Nak solat-solat jelah. Apahal?”bebelnya.
Aiman ketawa. “Tak , abang Cuma nak cakap. Jalan ke Tutti Frutti belah sana. Bukan belah situ”ujar aiman sambil tergelak.
Fenn merenung kawan-kawannya. Habis merah wajahnya.
“Tuuu….”Ucap Fara sambil menunjukkan ke kirinya.
Fenn melihat ke kiri , terbuntang matanya melihat signboard kedai Tutti Frutti disana. Naik turun dadanya menahan geram. Tapi sebenarnya lebih kepada malu. Argghhhhh!
“Bencilah!!!” terus dia mengangkat kaki berlalu ke kedai Tutti Frutti melalui jalan yang sebenarnya.
Aiman ketawa besar. Suka betul mengusik sepupunya. Sampai blushing habis.
“Good Job , Aiman!”Fara menguntum senyuman kepada Aiman dan terus berlalu diikuti dengan Diana.

Aiman menggeleng kepala. ‘ada-ada saja budak-budak nih!’ dia terus berlalu ke surau.

No comments:

Post a Comment