Wednesday 7 January 2015

I Love You Ustaz Poyo ! 8

Bab 8
“Fenn kenapa diam je nih?”soal Fara sambil menyenddokkan ais krim ke mulutnya. Dia perasan jugak sejak tadi asyik muram. Mesti mengamuk dengan Cousin Handsome dia tu.
Fenn mengangkat wajah. Hilang moodnya terus apabila Aiman mengusiknya. Bikin sakit hati ! bikin geram!
“I okay je pun”balasnya lemah. Senyuman kelat diberikan. Sudah 20minit mereka menunggu. Jam ditangan dikerling , sudah menginjak ke pukul 1. ‘mana pulak si poyo nih?!’ getusnya.
“Elleh , ye lah tu. i tahu you marah Aiman kan? Sebab usik you tadi? Kan?”duga Diana sambil mengangkat keningnya.
Fenn membulatkan matanya. Benci betul dengar nama tu. “you jangan sebut nama dia boleh tak? Rimas tahu tak? Korang tak tahulah kat rumah , apa dah jadi. Sejak dia datang , mummy dan Daddy selalu marah-marah I tahu tak?!”bentaknya.
“macam lah masa Aiman tak ada , you tak kena marah. I ingat lagi tau , bila datang rumah you ajak you keluar mesti kena interview dengan mummy you. “celopar mulut Dian terus ditekup Fara.
Fenn mencebik. “Ehh , you nih bela aiman nih apasal nih? You dah sangkut dengan dia ke? Ehh , come on lah guys , dia tu Cuma a guy from the Kampung! takkan lelaki macam tu pun korang nak pandang? Buta agaknya!”sinis Fenn bersuara. Geram dengan sahabatnya itu , asyik bela Aiman. Tahulah minat tapi takkan sampai dengan kawan sendiri pun nak dibela lelaki tu. Aaaa , Aiman tu bajet muka je! Tu pun muka nyawa-nyawa ikan nak dilabel HODOH! Tapi Perangai belum tahu lagi!
“Even dia dari kampong. Tapi agama dia tiptop Fenn. Tak teringin ke nak husband macam tu? yang boleh pimpin you hingga ke syurga” Diana sudah membayangkan masa depannya jika berkahwin dengan lelaki seperti itu. Dan dia membayangkan Aiman!
Fenn ketawa. “Ehh , sorry sikit. I tak layan yang macam tu tau.dia tu tak setaraf dengan aku. Budak kampong? Dengan budak Bandar? Takkan pernah jadi lah. Lainlah kalau Danny I” tiba-tiba dia teringat , teman lelakinya Danny yang sedang berada di Kedah untuk menyiapkan projek syarikatnya. ‘I Miss you Danny’ ucapnya sambil tersenyum. Kalaulah , Danny dah lamar I dulu? Tak payahlah aku nak menghadap muka Aiman 24 jam. Teringatkan Aiman , terbakar kembali hatinya.
Fara senyum sinis. “Yakin you ekk yang Danny tu setia. Entah-entah , kat Kedah dia ada simpan? Mati you nanti!”perli Fara. Memang dia pernah terlihat Danny keluar dengan seorang gadis , mereka nampak mesra. Tapi Fara memutuskan hendak berdiam diri dan tidak memberitahu kepada Fenn , kerana dia tahu yang Fenn terlalu percayakan lelaki tu.
Fenn tersentak. “Ehh , mulut you jaga ekk. Tak mungkin Danny buat macam tu kat I” fenn merengus kasar. Tiba-tiba terbit risau dihatinya. Kalau betul Danny pasang aku macam mana?! Haish! Dia menghirup air dengan kasarnya.
“mana pulak si poyo nih? dia solat ke apa nih?!”ujar Fenn . dah hampir setengah jam Aiman pergi solat , namun bayang sepupunya itu belum kelihatan!
“Assalamualaikum”Tiba-tiba ada seseorang memberi salam mendekati mereka.
Fenn senyum sinis. “Haa , muncul pun you? Ehh , you kenapa lama sangat ehh? Doa you panjang sangat ke?”sinis dia bersuara. Tadi syok kau mainkan aku! Kali ini biar aku pulak. Habislah kau Poyo!
Aiman senyum. “abang dah habis awal tadi. Tapi ada tazkirah Zohor tadi , jadi abang dengarlah”beritahu Aiman selamba.
Fenn mencebik. “Ada je jawapan dia”
“Dah Fenn tanya , abang jawablah.”balas aiman sambil ketawa.
Fenn mengetap bibir. Dia menjeling ke arah Aiman , nampak fresh sepupunya itu selepas solat. Bercahaya. Ehh? Apasal aku puji dia pulak. No , no Fenn! Jangan nak mengada.
“dah , jomlah jalan!”Fenn sudah mula berdiri. Geram jadinya apabila niat awal nak kenakan Aiman tapi dia pulak yang terkena oleh Aiman. Memang poyo lah ustaz kampong nih!
“Err , Fenn tak solat?”soal Aiman.
Fenn ketawa. “Apa you ingat nih rumah you nak buat suka hati you?! Hello! Ini Mall okay. Bukan dekat rumah. Tak ada Mummy dan Daddy , so I boleh buat apa-apa je yang I nak buat.”ucapnya selamba.
Aiman senyum. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket.
“uuuu , I Phone 4 tuuu”usik Fara sambil mengedipkan matanya ke arah Aiman. Tak nampak macam kampungan pun , tapi nampak macam berduit. Apa sebenarnya kerja AIman nih?!
Fenn mencebik. “Ala , tu ciplak punya. Kan?”fenn ketawa merenung wajah Aiman yang hanya mendiamkan dirinya sahaja.
Aiman hanya menjongket bahu. Malas nak bertekak dengan Fenn. Bukan dia tak tahu yang Fenn sedang memperlekehkan dia. Jadi biarlah kali ini dia menang.
“Nahh”Aiman menghulur handphone itu kepada Fenn.
Fenn mengerut dahi. Lambat-lambat dia ketawa. “Ohh you nak tunjuk yang barang nih original? Setakat tu je? I ada I phone 6 kat rumah lah Aiman. Setakat benda nih , berpuluh I boleh beli tahu tak?”ujarnya sombong. Puas hatinya dapat kenakan Aiman.
Aiman hanya senyum. Sabar! Memang anak tan sri tak ada Insurans mulut dia! “Cuba Fenn baca mesej tu…”
Fenn berhenti ketawa. Dia merenung Aiman. Aiman mengangguk. Matanya terus beralih kepada I Phone 4 ditangan. Tertera mesej itu ;
Drpd ; Pak Long
‘Pastikan fenn solat semasa korang berjalan, kalau tidak called Pak Long. Pak Long akan batalkan kad kredit dia ye Man. Assalamualaikum’
lambat-lambat Aiman ketawa. Baru kau tahu! Lucu betul wajah Fenn pada pandangannya.
Fara dan Diana ikut melihat mesej itu.
“Pastikan Fenn solat semasa korang berjalan , kalau tidak called pak long. Pak long akan batalkan kad kredit dia ye Man. Assalamualaikum.”Fara membaca bait-bait mesej itu.
“Daddy you ke tu?”Diana menyambung pula.
“arghhhhhh!”fenn meraup wajah. Wajah Aiman dipandangnya dengan pandangan yang tajam. Kali ini , geram betul dia. Hidupnya seperti tidak tenteram sejak Aiman muncul.
“Bak Fhone abang tu dan Fenn pergilah solat”Ujar Aiman. Sebenarnya dia masih nak ketawa tapi apabila dilihatnya wajah Fenn sudah berubah menjadi merah menahan marah , Aiman membantutkan niatnya. Tak jadi. Kesian budak nih.
Fenn menghulur telefon itu. Telefon beralih tangan.
Fenn merenung Aiman dengan pandangan sinis. “You puaslah buat I macam nih? Kalau I tak solat , mesti you report daddy kan? Then , kad kredit I kena block. You suka macam tu Aiman?!”fenn mengamuk.
“Wehh , sabar wehhh!”ucap Fara.
“Kau diamm!” matanya masih merenung Aiman dengan amarahnya.
“Fenn, abang……”
“abang apa?! You suka tengok I menderita kan? Kenapa you datang sini menganggu hidup I , Aiman? You buat hidup I huru-hara. I benci you!”jeritnya . ramai mata yang sedang memandang mereka.

“Fara , hantar I balik rumah. I nak bincang dengan Daddy. I tak puas hati dengan Daddy!”Ucap Fenn . air matanya menitis. Entah kenapa , dia rasa benci dengan Aiman. Seolah-olah Aiman yang bersalah.
“Errr….”
“Now! I Said now! Jom”dia terus berlalu meninggalkan Fara , Diana dan Aiman yang terdiam.
Fara merenung Aiman , “Aiman , Im so sorry. You balik sendiri boleh kan? Dia tengah marah. I tak berani nak ajak you. Mesti dia tambah mengamuk”ujar Fara serba-salah. Kasihan Aiman , tak pasal-pasal dia dipersalahkan. Walaupun Aiman kelihatan baik. Cuma Fenn sahaja yang terlebih emosional.
Aiman mengangguk. Dia tersenyum. “Tak apalah. Awak berdua carry on. Terus hantar dia balik ya. Nanti saya balik naik teksi”ucap Aiman perlahan. Dia serba salah. Sebab dia Fenn menangis , sebab dia Fenn bergaduh dengan Pak Long. Memang silap dia datang ke KL , walaupun tujuannya bukan hendak menganggu hidup Fenn melainkan untuk bercuti dan bekerja di hospital.

Aiman mengeluh apabila kelibat Fara dan Diana sudah menghilang. Dia juga berlalu.

No comments:

Post a Comment