Monday 5 January 2015

Dia Khalifah Untukku 2

Dia Khalifah Untukku 
-----------------------------------------------------------------------------------------
Part 2
“Achik!” seru Amirul Fitri , abang kedua Amira apabila dilihatnya adiknya itu sedang khusyuk menonton drama bersiri ‘Aku ada wali’ di TV AlHijrah.
Amira berpaling memberi ruang untuk abangnya duduk disebelahnya. “Kenapa abang ngah?” soal Amira. Abang ngahnya ini Cuma beza setahun daripadanya. Namun begitu , Amira tetap menghormati abangnya dengan memanggilnya Abang Ngah.
“Angah ada problem. Achik boleh tolong Angah tak?” ujar Amirul Fitir.
Amira merenung abangnya pelik , “Okay. Kejap!” Remote control ditutup. Skrin kaca TV berubah menjadi gelap. Kini matanya focus kepada Abang Ngahnya , Amirul Fitri.
Amirul Fitri senyum , “Achik boleh bantu Angah pujuk Florita ke?” terus dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Malu wehh cita kat orang perempuan pasal problem dia dengan kesayangan. Tapi nak buat macam mana , dah adik dia sorang je kawan yang dia ada. Lagipun , adiknya perempuan! Lagi senang nak bincang dengan pihak belah sana kalau ada masalah. Kalau cerita dengan kawan lelakinya , mahu ditertawakan saja dia! Huh , Tak nak aku! Ujar Amirul Fitri dalam hati.
Amira mengerut dahi. Wajah abangnya yang risau ditenung. “Abang ngah gaduh dengan Flo lagi ke?” florita merupakan tunang kepada abangnya dan bakal berkahwin hujung tahun ini. Florita ini muda 3tahun daripada abangnya , dan muda 2tahun daripada Amira tetapi sudah bekerja menguruskan bisnes keluarganya. Malu betul dapat kakak ipar yang lebih muda daripada kakak ipar!
Amirul Fitri menggaru kepala. Lama kelamaan dia mengangguk perlahan. “Flo salah faham dengan Angah masa Angah keuar dengan Kak Ana!” jelas amirul Fitri. Dia sendiri bingung. Florita salah faham kerana waktu itu Amirul Fitri keluar bertiga dengan Ana dan seorang klien dari India. Tetapi semasa terjumpa dengan Florita , Klien dari India sedang berada di tandas.
“Yang abang ngah keluar dengan Kak ana tu siapa suruh? Bukan saja dah salah faham ? Boleh jadi zina jugak abang keluar berdua dengan bukan mahram” beritahu Amira dengan nada yang agak tinggi. Dia geram dengan abangnya. Selalu sangat beselisih dengan Florita , kalau tidak Florita yang salah faham , pasti abangnya pula yang salah faham. Adakah ini petanda bahawa jodoh Florita bukan dengan abang ngah?
Amirul fitri mengeluh. “Achik pun nak salah faham dengan Angah ke? Achik , angah faham hokum-hukum tu tapi waktu tu Angah keluar bertiga bukan berdua.”jelasnya. geram pulak dengan adiknya yang cepat saja membuat spekulasi sebelum habis mendengar cerita. Huh!
“Dah tu kenapa pulak Flo nak salah faham?” pelik. Keluar bertiga tetap boleh membuatkan Florita salah faham. Macam tak logic. Kecuali……
“Jangan pulak cakap abang sibuk bercerita dengan kak Ana waktu terjumpa dengan Kak Flo?”tambah Amira. Dia menjeling abangnya tajam.
Amirul Fitri mengangkat wajah. “ Lah , ke situ pulak dia. Nope! Masa Angah dan Ana terjumpa Flo waktu tu klien angah dari India nak ke tandas. Jadi mahu tidak mahu Angah berdualah dengan Ana.” Jelas Amirul Fitr.
Amira mengangguk faham. “Oh , macam tu. Takpelah , Angah cubalah buat Florita faham. Achik yakin dia boleh faham” Pujuk amira sambil tersenyum. Kasihan pulak tengok wajah Abang Ngah yang kelihatan sangat KUSUTTTTTTTT ! begini ke orang jatuh cinta? Hisy! Buruk betul wajah Abang ngah! Hati Amira berbisik nakal.
“Achik , kalau Angah Berjaya pujuk Flo takda maknanya Angah nak minta tolong tau!” ujar Amirul Fitri geram.
Amira tergelak. “Ye tak ya jugak. Habis abang ngah nak Achik buat macam mana?” ucap Amira.
Amirul Fitri kelihatan sedang berfikir sesuatu , tidak lama selepas itu wajah adiknya ditenung semula. “Datang butik Flo dan Achik ceritakan semuanya pada dia. Angah yakin dia percayakan Achik” beritahu Amirul Fitri.
Amira mengangguk. “Okay. Achik cuba okay. Tak janji. In Shaa Allah!” ucapnya sambil tersenyum.
Amirul Fitri menayang wajah ceria. Dia tahu adiknya mesti tak sampai hati melihatnya yang kelihatan sangat kusut apabila bergaduh dengan tunangnya , Florita. Heyy! Rindu pulak dengan dia. Hati Amirul Fitri berbisik nakal.
“Syukran Achik. Sayang Achikkkkk!” Pipi Adiknya menjadi mangsa cubitannya. Setelah itu , dia terus berlalu pergi sebelum adiknya marah.
Pipi Amira berbahang. “abang ngahhhhhhhhh!” panggilnya 6 harakat. Geram dengan perangai abang ngahnya itu. Suka sangat cubit pipinya. Sakit tahu tak?! Habis merah pipinya dicubit oleh Amirul Fitri. Isy , ada abang pun kuat belakon! Masa nak minta tolongnya , kemain lagi lembut. Tapi bila orang dah setuju , dah mula dah….. geram betul!
“Hisy , apa yang bising-bising nih?”soal Babah yang muncul dari dapur diikuti Mama Amira yang membawa dulang berisi 3 cawan diatasnya.
Amira merenung babahnya. “Abang ngah tu. Cubit pipi orang. Sakitlah bahh!”adunya sambil mengusap pipi yang dah merah tu. Merah padam wajahnya jadinya. Geram betul dengan Abang Ngah. Kalau dulu perangai nakalnya masih ada , dah dibagi backhandnya abang Ngahnya itu. Nasib baik , dah kurang-kurang gengsternya. Nih berkat , bergaul dengan yang same gender dan solehah. Kalau tak? Memang sampai sekarang , perangai kasarnya itu masih ada.
“hisy! Ingatlah sikit. Awak tu perempuan. Mana boleh jerit-jerit suka hati”tegur Mama. memang ada betulnya jugak , tapi abangnya itu memang suka bikin sakit hati. Tak tolong kang , hahhhhh…..
Amira mengeluh. “mama nih , dulu-dulu suka backup Achik. Sekarang nih , dah berpaling tadah. Pulak tu nak salahkan orang. Salahkanlah anak kesayangan Ma tu. Dia yang ganggu orang”balasnya tak puas hati.
“Alahh , merajuk pulak dah. Takpalah Achik dengan babah saja. Babah Janji babah akan sokong Achik je!”ujar babahnya sambil tersenyum.
Amira sengih. Mamanya mencebik. Memang Babahnya itu suka memanjakannya , maklum dia sorang je anak perempuan kan? Untung wehh! Haha.
“Babah memang the best. Sayang babahhhh!”balasnya sambil mencium pipi Babah.
Babah mengusap kepala Amira perlahan. “Tapi macam biasalah dek. Urut belakang babah tau!”usik Babah dengan ketawa.
“Hesy ! ingatkan ikhlas la babah nih!”pecah ketawa Babah dan Mama. Amira hanya menggelengkan kepalanya.

No comments:

Post a Comment