Sunday 11 January 2015

Dia Khalifah Untukku 6

Part 6
"Macam full je parking sini"keluh Zikri apabila dilihatnya kawasan tempat letak kereta dah penuh. Aduh! sudahlah dia sedang ingin cepat , mamanya pengsan. Parking pulak tiada. Sabar Zikri! Sabar!
Amirul Fauzan ikut mengeluh. kasihan sahabatnya. Sejak tadi dia panik , namun tetap saja wajah kacaknya menunjukkan wajah tenangnya.
"Zik , kau turun dulu lah. Aku tolong park kan kereta kau. Pergilah jenguk mama kau dulu"ujar Amirul Fauzan sambil menepuk bahu Zikri perlahan.
Zikri menoleh , "hmm , tak apa ke?" rasa serba salah pulak. tapi dia memang tak boleh fikir lain. asyik fikir tentang mamanya sahaja.
Amirul Fauzan mengangguk. "No hal bro. Dah pergilah"Ujar Amirul Fauzan.
Zikri senyum. "Thanks bro"dia terus membuka pintu dan berlalu pergi. sementara itu Amirul Fauzan berpindah tempat ke tempat duduk 'Driver'.
Zikri melangkah dengan lajunya menuju ke hospital Selayang. Dia sangat risaukan mama. 'Ya Allah ! sembuhkan mama' ucapnya dalam hati.
Zikri terus melangkah ke pintu utama Hospital Selayang. Sekali lagi dia menolak daun pintu kerasnya. tiba-tiba....
"Allahuakbar!"ucap seseorang.
Zikri tersentak. Dia menelan air liur apabila melihat seorang gadis bertudung biru laut sedang menggosok kepalanya sambil menunduk.
'Aduhh! terlanggar orang lagi, mati aku! tuhlah , kalut sangat' Zikri serba salah.
"Err , ma...maafkan saya cik. Saya tak sengaja"ucap Zikri dengan wajah bersalahnya.
Amira menggosok dahinya. sakit bukan kepalang. masuk hari ni dah 2kali dia terlanggar pintu kaca itu. macam mana boleh?! dan suara lelaki itu. ehhh? macam pernah dengar.
"Er , cik"tegur Zikri.
Amira mengetap bibir. Sah! tu memang mamat yang langgar aku tadi. Amira mengeluh. Geram pun ada. kalau sekali tuh dia boleh maafkan , ini dah sampai 2 kali. Sengaja ke?!
"Err ,takpa-takpa . saya okay."Amira terus berlalu pergi.
Zikri mengerut dahi. lambat-lambat dia menjongket bahu. 'Macam pernah dengar suara tu. Dimana ya?....' malangnya dia tidak ingat apa-apa. Arghhh! tiba-tiba dia teringatkan mamanya. Hilang terus bayang gadis tadi. Zikri meneruskan langkahnya. risaunya tidak pernah hilang. Ini yang dia takut kalau-kalau dia harus travel jauh. Tiada siapa boleh tengok mama kalau waktu kerja. Papa selalu outstation , Flo pulak jaga butik. Kenapa tak terfikir nak kerja yang dekat-dekat saja? zikri mengeluh. dia meneruskan langkah menuju ke Kaunter pertanyaan.
"Cik , bilik Puan Hawa kat mana?"soal Zikri.
Misi yang sedang bertugas disitu terus mencheck di Komputer. "Err , Puan Hawa Idris ke maksud Encik?"Soal misi itu.
Zikri mengangguk. "Ya. Dimana bilik dia?"soalnya lagi. tidak sabar hendak tahu perkembangan mama.
"Puan Hawa ada di bilik 305. Encik naik lif tingkat 3 dan belok kiri."beritahu Misi.
Zikri senyum. "Terima kasih!" Zikri mengeluarkan telefon bimbit dan menelefon 'Amirul Fauzan' takut sahabatnya itu tercari.
"Assalamua'laikum , Zan. Dah ada park?"rasa bersalah. Tak fasal-fasal kawannya jadi susah. Mujur sahabatnya itu sedia membantu.
"Waa'laikumussalam. Dahh.. dah dapat. Tapi jauh sikit. Kau kat mana nih?"soal Amirul fAuzan dihujung talian.
"Aku kat groundfloor. Aku tunggu kau lah."putus Zikri.
"Ehh , tak payah. Kau naik dulu lah cek keadaan mama kau. Aku nak ke toilet kejap. Err, Tempat mama kau kat mana?"
"err , betul nih?"
"Ya. jangan risaulah! kau pergi dulu. Aku tahu kau risaukan mama kau. go ahead , Zikri! jangan risaukan aku. Mama kau lebih penting"balas Amirul Fauzan sambil ketawa kecil.
Zikri senyum. Mulia sungguh hati sahabatnya itu. Sungguh memahami. "Terima kasih banyak-banyak , buddy. Ohh ya , bilik mama 305 , tingkat 3. Nanti kau terus je pergi sana ehh"pesan Zikri.
"Alright boss. Okayy. Aku ke tandas dulu. Assalamua'laikum"
"Waalaikumussalam" Klik! Punat merah ditekan. lega juga akhirnya Amirul fauzan dapat parking. Zikri terus berjalan ke arah lif. beberapa saat , liff terbuka selepas ditekan olehnya. Zikri terus memasuki lif dan menutupnya segera kerana pada masa itu kelihatan sangat renggang. Tidak ramai orang. mungkin tengah bersolat asar barangkali.

No comments:

Post a Comment