Monday 5 January 2015

I Love You Ustaz Poyo ! 3

Part 3
"Dear God, the only thing I ask of you
Is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away" Fenn bernyanyi-nyanyi kecil sambil menuruni anak tangga Banglo Tan Sri Hisham.
"Minat Avenged Sevenfold jugak ke?" sapa Aiman sambil tersengih.
Fenn tersentak , terkejut dia mendengar sapaan itu. Wajah Aiman dihadapannya ditenung. Dia diam sahaja. Marahnya dari tadi belum lagi reda. 'Ewah , Ewah murah senyuman betul Ustaz Poyo nih! dia ingat apa aku nak cair ke?'
"Abang pun minat lagu tu" beritahu Aiman.
Fenn mencebik , 'Tak tanya pun!' jawabnya dalam hati.
"So , dah siap ke? Kalau dah , kita gerak sekarang" Aiman membuka bicara lagi.
Fenn merenung Aiman dari atas hingga bawah. 'Biar betul si Poyo nih? Nak ke pejabat pakai baju macam nak pergi mengajar. Dia ingat office tu sekolaj pakai baju-baju macam nih?!' Rungut Fenn di dalam hati.
Aiman mengerut dahi bila melihat mata Fenn meliar memandangnya dari atas ke bawah.
"Pakaian nih diperbolehkan masuk pejabat , kan? Sopan kan?" ujar Aiman.
Fenn mencebik . "Whatever laa!" putusnya dan hendak berlalu.
"Wait.." Aiman bersuara lagi.
Fenn terhenti , dia merenung Aiman semula sambil berpeluk tubuh. Dia menjongket keningnya menunggu butir bicara Aiman selanjutnya.
"Look , kalau abang buat salah , Mira maafkanlah" ucap Aiman sambil tersenyum manis.
"Kan I dah cakap jangan panggil I mira. You tak faham bahasa ke?" sindir Fenn. Tiada lagi panggilan 'abang'. Hilang sejak lelaki dihadapannya itu bertindak sebagai diktator dalam hidupnya.
Aiman senyum lagi. "Abang minta maaf kalau kedatangan abang..."
"shh , I dah lambat.. Let's go" tempelak Fenn. Malas dia nak mendengar ceramah si Poyo itu. Banyak songeh betul!
"Alright! Tapi bagi abang pandu tau. Abang pemandu berhemat" ucap Aiman. Seperti biasa , Aiman akan menghadiahkan senyuman lagi.
Fenn membuat buka , "Whatever!" Fenn terus berlalu. Dia dah lambat!
**************************************************************************************
"Ehh , you? boleh tak laju sikit?" Fenn bersuara apabila dah 20 minit mereka belum pun sampai di pejabat Daddynya. Well , pemandu berhemat yang bawa? Dahlah kelajuan down 60 km/j. Tak boleh blah betullah si Poyo nih!
"Biar lambat asal selamat."
Fenn mencebik , "I dah lambat you tahu tak. Pagi nih ada meeting lagi" beritahu Fenn.
"Yeke? kenapa tak cakap dari tadi? kalau tak memang dah dari tadi kita sampai" Aiman tergelak.
Fenn membuat muka. 'Tuh pun nak beritahu ke? Dah tau tadi nak rush , boleh pulak buat timing lama-lama. Ishh , kenapalah hidup aku nih perlu ada manusia bernama Ustaz Poyo Aiman Farhan bin Haji Arman!'
"Elleh , cakap besar. Dari tadi pun tak sampai-sampai. Nih ambil lesen dekat mana nih? Lembap la." kutuk Fenn.
Aiman hanya senyum. "Kan abang dah kata biar lambat asal selamat." ulang Aiman lagi.
"Abang , Abang! Very the annoying one. Orang takda abang lah!" balas Fenn sombong. Bingit betul telinganya dengar abang , abang.
Aiman tergelak. Fenn merenung Aiman pelik. 'Hahaha! Lawak sangat ke Poyo?!' Soalannya itu hanya terbit di hati sahaja.
" Eee , Abang pun gelilah dengar dari tadi Mira asyik sebut I , YOu I You sahaja. Kita nih Malaysian" Usik Aiman lagi.
Fenn mendengus kasar , 'Ada sahaja balasan si Poyo nih!' "Kan orang dah cakap , jangan panggil orang 'Mira'. Tak faham bahasa ke?" soal Fenn kasar. Tak fasal-fasal isu nama menjadi tajuk perbalahan mereka.
"Its oklah daripada Fenn. Amira maksudnya Puteri. Kalau Fenn tu apa maksudnya Kipas. Syok ke dapat nama maksud Kipas ?" usik Aiman lagi.
Fenn merenung wajah abang sepupunya yang ketawa . 'Eee, very annoying lah Ustaz Poyo nih! ' Panas Hatinya.
Fenn terus menguatkan Radio , sakit dan panas hatinya dengan Mamat poyo disebelahnya ini.
Aiman senyum sambil menggeleng kepala. "Bijak! Syok nih lagu selawat nih!" usik Aiman lagi. Suka betul usik sepupunya itu.
"Arghhhh!" Fenn menekup telinganya. Geram betul dia dengan Aiman. Daddynya pun satu! Sengaja! Sengaja nak kenakan dia.
'Daddy , kan tahu yang kelemahan aku mamat nih! Saja lah Daddy nih' Desis hati Fenn.
Aiman yang merenungnya hanya senyum. 'memang ketegaq budak sorang nih! Tapi takpa , dengan dia nih mesti pelan-pelan kena tarbiyah. Macam Nabi dakwah dekat orang Musryik. Mesti lemah lembut. Guna pendekatan yang baik.' Aiman menghembus nafas lega.
***

No comments:

Post a Comment