Thursday 8 January 2015

Dia Khalifah Untukku 5

part 5
Zikri tersenyum apabila melihat kawannya , Amirul Fauzan sedang sibuk melakukan sesuatu pada komputer . sesekali sahabatnya itu menggaru kepalanya , mencari idea barangkali. Zikri menggeleng kepala perlahan , akhirnya dia masuk ke dalam Kedai itu perlahan.

"Assalamua'laikum."ucap Zikri hendak mengusik.
"Waalaikumussalam. kejap ye Encik. duduk dulu. saya ada kerja kejap"ujar Amirul Fauzan belum berpaling melihat siapakah gerangan. matanya masih tercacap untuk mengedit banner yang sedang dia buat. Inilah susah kalau adiknya tidak membantu di sini , semua kerja tertumpu kepadanya. Jika ada pelanggan , kerjanya tergendala lagi. akhirnya dia terpaksa mengambil 'overtime' untuk menyiapkan kerja untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mengini kehendak mereka tepat waktunya.

Zikri ketawa kecil. 'Khusyuk betul!' "Err , bang. Saya nak ambil gambar passport. saya nak cepat nih" ujar zikri lagi.

Amirul fauzan berpaling. "er...."
"zikri! Ya Allah" Amirul Fauzan menggeleng kepala. Sahabatnya itu memang kuat mengusiknya.

zikri ketawa. lucu betul bila nampak kekalutan pada wajah sahabatnya itu. "Hahh , khusyuk betul dia. sampai kawan dia pun dia sangka pelanggan"tegur Zikri sambil tersenyum.

Amirul Fauzan ikut senyum. kepala yang tidak gatal diggarunya. "Sorry , Busy sikit. Nihlah jadinya kalau adik aku tak datang sini. Semua kerja aku yang buat , customer pulak makin ramai. Aku jugak yang layan"rungutnya. memang payah kalau urus seorang. tapi apa nak buat ,dah kehendak adiknya nak begitu , Amirul Fauzan tidak mahu memaksa.

Zikri menunduk. memang silapnya. Dia jarang ada di kedai itu kerana sibuk bekerja menjadi Pilot. Schedule pulak tak tentu , kalau tak bolehlah dia selalu menolong Amirul Fauzan menguruskan kedai mereka berdua itu. "Maafkan aku. Sebab aku selalu on duty tak tentu masa , akhirnya kau pulak sorang-sorang yang urus kedai ni. Aku nih menyusahkan betul. Nak buka kedai , tapi aku biarkan pulak. Maafkan aku Zan"ucapnya serba salah.

Amirul Fauzan mengerut dahi. Lantas dia tersenyum. Amirul Fauzan menepuk bahu Zikri. "Zikri , aku bukan nak salahkan kau. Ini totally bukan salah kau. Aku tahu kau bekerja. Dan aku faham. Tak apa. Aku boleh handle lah. Sorry tadi tu , aku penat sangatlah. Selalunya kalau adik aku ada , takdalah aku kusut macam nih. Kau janganlah rasa bersalah wehh. aku faham lahh"ujar Amirul Fauzan panjang lebar.

Zikri senyum. Kasihan kawannya itu. "Aku ingat aku pun nak berhenti kerja dan belajar urus Kedai ni."

Amirul Fauzan tersentak. "Alamak! Zik , janganlah sebab aku terlepas cakap tadi kau nak berhenti kerja pulak. Tak apalah , kau kerja saja. itukan cita-cita kau? aku boleh urus kedai nih. In shaa Allah"

Zikri menggeleng. "bukanlah. Aku memang nak berhenti sendiri. Lagipun..."Zikri menggaru kepalanya. macam mana nak cakap ehh?!

Amirul Fauzan. "Hah? Lagipun apa?"

Zikri sengih. "Sebenarnya aku tak tenteramlah nak jauh dari keluarga. Seminggu tu ada dalam sehari saja aku boleh balik tau. Lagi satu , stewardess kat sana bukan main. Kuat mengganggu lah. Sampai satu masa tu , bergumpul ramai-ramai sergah aku. aku ingatkan aku ada buat salah apa. Rupanya nak minta nombor. Tak ke naya aku !"rungut Zikri. Dia ingat lagi insiden itu , dimana para pramugari yang masih bujan bergumpul dihadapannya untuk meminta nombor. Zikri menggeleng kepala. Seram aku kalau ingat balik!

Amirul Fauzan tergelak. "haa , tuhlah kau. Kacak sangat. Sampai beratur orang nak minta number. Habis , apa respond kau?"

Zikri menggaru kepala. dia cuba mengingati peristiwa itu kembali. "Aku cakap aku dah berpunya. Kejap lagi aku nak kahwin. Kau tahu , lepas saja aku cakap macam tu , betempiaran diorang lari wehh"akhirnya Zikri ikut ketawa. Lucu betul insiden itu.

Amirul Fauzan ketawa besar. Hilang rasa penatnya tadi. "Hahahah! Habislah kau kali ini , kalau kau tak cepat kahwin , mesti diorang beratur balik. Kau tak berminat dengan diorang ke?"risik Amirul Fauzan. Kalau betul Zikri tiada calon , mahu saja dia cadangkan Zikri untuk mengambil adik bongsunya sebagai isteri. Kan ke sweet tu kawan jadi adik ipar? hehehe.

Zikri mengerut dahi. apa punya pelik soalan Fauzan nih! "Hesy ! Tak nak aku. Semua dahlah guna skirt paras paha. Yang Islam pun sama. Cantik tu cantiklah. Tapi aurat kemana..."Zikri mengomel. memang lah pakaian para pramugari , SEKSI bukan main. yang memandangnya tu SEKSA tau! getus hatinya.

"Tapi ,aku rasa aku dah jumpalah...."sambung zikri lagi. Dia senyum. tiba-tiba berlegar di ruangan mindanya gelagar gadis bertudung merah hati yang terlanggar pintu kaca Butik Florita. Aaaa! dah beprunya ke belum ya?!

Amirul Fauzan senyum kelat. "Ye ke? Jadi , bila nak langsung?" didiamkannya dahulu hasratnya tentang cadangan itu apabila Zikri tiba-tiba mengatakan bahawa dia sudah menemui pasangannya. 'Tak apalah , Achik boleh dapat yang lebih baik. In Shaa Allah!'

Zikri senyum, "Hesy! ke situ terus. Aku baru terjumpa dia sekali lah. Nama dia pun aku tak tahu , tinggal mana pun aku tak tahu."Zikri mengeluh. mana dia nak tahu tentang gadis itu? paling penting , dah berpunya ke belum? buatnya jatuh hati dekat bini orang , habislah!

Amirul Fauzan menepuk belakang Zikri. "Kalau betul jodoh , In Shaa Allah , tentu Allah permudahkan. Ingat kawal hati tu. Jangan ikut nafsu"pesannya sambil tersenyum.

Zikri senyum lagi. "Terima kasih atas nasihatnya. In shaa Allah. "

tet!tet!tet
telefon Zikri berdering. Zikri menyaluk poketnya dan mengeluarkan I Phone 4 nya. tertera nama Florita pada skrin utama.

"Assalamua'laikum"ucap Zikri membuka bicara.

"hah?Bila? Ya Allah!"
"Ok , abang datang sekarang"ucap Zikri panik.

Klik! telefon terus dimatikan.

Amirul Fauzan mengerut dahi. "Kenapa nih? Siapa yang called?" soalnya prihatin.

Zikri meraup wajah. Astagfirullahalazim.  "Flo called. Mama masuk hospital. Tadi dia pengsan."ujarnya kalut

Amirul Fauzan terkejut. "Astagfirullahalazim. Jomlah kita pergi tengok"ujar Amirul Fauzan.

Zikri mengeluh. "Kedai?"

Amirul Fauzan mengetap bibir. "Tak pe. Tutup setengah hari. Mama kau lebih penting"putus Amirul Fauzan. Takkan dia nak berada di situ sedangkan sahabatnya itu sedang kesusahan.

Zikri senyum. "Thanks buddy"

Amirul Fauzan mengangguk. Senyum lagi. "Sama-sama. Dah Jom" Amirul Fauzan terus mematikan komputer. sejurus itu mereka terus bergegas keluar daripada A&Z Photo.



No comments:

Post a Comment