Monday 5 January 2015

Dia Khalifah Untukku 4

Bab 4
“Assalamualaikum , Flo”sapa Amira apabila melihat kelibat bakal kakak iparnya sedang menyusun semula tudung-tudung yang agak berselerak itu.
Florita berpaling. Tersenyum dia melihat wajah manis bakal adik iparnya itu. Walaupun marahnya pada si Abang , tapi tidak pada si Adik. Yang salah Abang bukan Adik. Florita sudah sedia maklum , apabila dia mempunyai masalah dengan Amirul Fitri , pasti gadis ini akan datang dan membincangkan hal mereka.
“Waalaikumussaalam , Kak.”ujarnya mendekati Amira.
Amira memeluk Florita. Rindu pulak. Mereka berlaga pipi sebanyak 3 kali. Sunnah. “Lama tak jumpa . Flo sihat?”
Florita tergelak. “Alhamdulillah sihat. Mana nak jumpa , kalau orang tu sombong. Dah jarang dah datang tempat Flo nih hah.”seloroh Florita.
Amira ketawa kecil. “Ada-ada saja Flo. Macamlah tak tahu kalau kak Mira dah sampai sini tu adalah ‘tujuannya’ tu.”balas Amira seloroh sambil tersengih.
Florita senyum kelat. Faham sangat isi tersirat ayat future sis in lawnya itu. “Hmm , mari bincang kat sana.”ajak Florita ke suatu sudut yang agak terpencil. Memang mereka dah biasa berdiskusi disitu kalau ada problem.
Amira mengangguk perlahan. Kerusi ditarik. Dia merebahkan badannya perlahan-lahan. Penat. Dahinya yang tadi sakit , sudah mula tidak berdenyut.
“Flo straight to point jelah yek. Apa masalah pulak kali ini ,?”soal Amira ingin tahu walaupun kisah sebenar dia sudah ketahui.
Florita memandang wajah bujur dihadapannya itu suram. Entah kenapa peristiwa kemarin menusuk ke hatinya. Sedih sungguh melihat orang yang disayang berduaan dengan seorang perempuan. PA dia pulak tu. “Entahlah kak Mira. Sakit hati Flo ni, abang ngah Mira buat Flo macam nih.Flo  pun kekadang rasa macam dah tak kuat. Banyak sangat masalah jadi , kak”beritahu Florita sebak sebaik teringat kembali apa yang terjadi dihadapan matanya saat itu.
Amira senyum. Faham sangat. Mungkin juga ini suatu ujian untuk mereka. “Flo , abang ngah dah cerita pada kak Mira semalam. Flo  tahu tak yang Angah tu sayang sangat Flo?. Kalau abang ngah tahu Flo tengah nangis , mesti dia datang sini. Berulang-ulang Angah suruh Akak pujuk Flo dan minta maaf dekat Flo. Abang ngah betul-betul sayang Flo lah.”ujar Amira membuka bicara dengan lembut. Dia teringat tadi pagi , sebelum abangnya berangkat kerja , berulang kali dia diingatkan untuk menemui Florita bagi menjelaskan perkara sebenar. Sampai babah dan Ma mula curiga. Tapi Amira dan Amirul Fitri hanya diam saja apabila ditanya. Nanti benda kecil jadi besar. Kalau boleh , biarlah mereka saja yang tahu masalah itu. Kedua beradik itu tidak mahu Babah dan Ma jadi risau. Lagipun , selama ini apa-apa masalah hanya kedua beradik itu saja yang tahu. Hanya terkadang saja , Amirul Fauzan menempel telinga mendengar cerita-cerita mereka.
Florita mengangkat wajah. Air matanya dikesat. Dia senyum. “kalau sayang , kenapa buat Flo macam nih akak? Flo pun insan lemah. Tahu rasa sakit hati.”
Amira menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Ucapan basmallah didalam hati. “Flo salah faham sebenarnya. Flo nak tahu cerita sebenar tak?”
Florita angguk lemah cuba mendengar penjelasan Amira. Dia tahu yang bakal adik iparnya itu tidak akan membohonginya dan akan menceritakan hal sebenar sebab Amirul Fitri tahu yang Florita tidak akan mendengar penjelasan darinya. Oleh sebab itu , apabila mereka mempunyai masalah , Florita akan menutup telefonnya!
“Sebenarnya , Angah bukan keluar berdua dengan kak Ana. Mereka keluar bertiga.”
Florita kerut dahi. Reka cerita ke apa? Terang-terang aku Nampak mereka berdua. “Hisy , bukan bertiga kak tapi berdua. Flo sendiri Nampak”pertahan Florita. Takkan bertiga! Semalam nampak berdua. Sibuk berbual dengan si Ana. Tunang mana yang tak cemburu? Hati Florita menggeruti.
Amira senyum. “Taklah. Bertiga sebenarnya dengan clien abang ngah. Masa tu abang ngah dan kak Ana tengah tunggu Client tu dari toilet. Mesti  Flo tak percaya kan?” duga Amira
Florita terkesima. “Betul ke nih kak?”nampaknya dia dah salah faham lagi ke?! Alamak! Kasihan pulak Amirul Fitri. Serba salah jadinya.
Amira angguk. “betul. Client daripada Negara luar. Kalau tak percaya boleh cek rekod dekat pejabat. Tanya budak-budak pejabat angah pun boleh. Tanya kak Ana pun boleh. In shaa Allah , kebenaran pasti akan terbongkar”ujarnya dengan senyuman mesra. Alhamdulillah apabila respond Florita mula membaik. Nampaknya dah mula faham.
Florita terperanjat. Biar betul semua nih? Dia menelan air liur. Masakan Amira hendak menipu? Siap sedia bukti pulak tu. “Ya allah! Flo yang salah faham ke kak? Mesti Fitri marah Flo kan kak” Florita mengeluh. Habislah dia!
Amira senyum. “Abang ngah tak marah. Cuma Aban ngah risau Flo berterusan salah faham. Abang ngah sayang Flo. Jadi dia takkan marah.”jelas Amira memberi jaminan. Memang! Abangnya memang sayang gadis cantik dihadapannya itu.
Flo menguntum senyuman. “Flo rasa serba salah lah kak. Dahlah , Flo off fhone sejak semalam. Mesti Abang kakak tu marah kat Flo. Habislah Flo!”ucapnya terketar-ketar. Dia mengetap bibir.
Amira ketawa. Nampak lucu pulak dia tengok gelagar Florita. Belum lagi gelagat abangnya semalam yang kelihatan seperti Cacing kepanasan. Alamatnya memang kena cepat kahwinlah!
“Don’t worry. Abang Ngah boleh faham punya. Trust me”Amira menghadiahkan senyuman.
Florita lambat-lambat mengangguk. Lega sedikit. “Nanti Flo nak minta maaf dekat dia lah. Im so sorry” Florita menggaru kepalanya. Hampir saja tingkahnya ini membuatkan dia kehilangan tunangnya itu.
Amira senyum geli hatinya. “Flo tahu tak semalam gelagat Abang ngah tu macam mana? Macam Flo nih lah. Risau semacam! Memang korang kena kahwin cepatlah. Tak payah tangguh hujung tahun. Buat orang saspen je”
Florita ketawa. Dia menampar lengan Amira perlahan. “ada saja! Karang tak fasal-fasal , Papa dan Mama Flo bawakkan Flo parang sebab tak sabar-sabar nak kahwin. Memang kena ligan lagi adalah!”balasnya.
Amira ketawa. Dia menggeleng kepala perlahan. Memang lucu bakal kakak ipar dia. “tuhlah fasal!”
Tet!Tet!tet! telefon Flortia yang terdapat diatas meja berbunyi. Florita merenung ke arah skrin. Tertera nama ‘Abang Zikri’ di skrin utama. Terus saja punat answer ditekan.
“Assalamualaikum abang.”ucapnya sambil tersenyum.
Amira hanya memerhati. Tiba-tiba dia teirngat peristiwa tadi. Dahinya disentuh. Tadi lelaki tu keluar dari butik Flo? Mesti Flo tahu kan?! Hatinya berbisik.
‘Hisy!buat apa pulak aku nak tahu siapa dia?! ‘ Amira menggeleng kepala perlahan. Dia beristghfar perlahan. Takkan sekali-kali dia serahkan hati ini pada insan bernama LELAKI lagi. Takkan!
“Hah? Takpelah. Nanti Flo beritahu Ma dengan Papa . okay. Assalamualaikum” telefon diletak kembali. Florita merenung Amira.
“sorry ye akak.”ucapnya.
Amira senyum. “Its okay. Abang ke?”
Florita angguk. “Haah. Dia suruh kirim salam dengan Ma dan Papa. Tak sempat nak balik rumah. Ada kerja. Busy betul dia” florita menggeleng kepala.  Memang pelik sikit abangnya itu. Tapi itulah tugas sebagai Pilot? Selalu On called! Schedule full. Bila ada free , baru nak balik rumah.
“Owhh. Yeke. Patutlah. Err , Flo dah makan?”soalnya. tiba-tiba perut nih rasa lapar semacam.
Florita menggeleng kepala. “Nope! Akak dah?”
Amira sengih. “Tak lagi. Tu yang nak ajak tu. Tapi kedai?”
Florita senyum. “don’t have to worry sis! Pandailah pekerja Flo urus nanti. Jom”ajaknya. FLorita sudah mula berdiri.
Amira juga ikut berdiri. Mereka keluar berdua beriringan dari Butik itu setelah Florita habis berbicara sesuatu dengan pekerjanya. Lapar wehh!



No comments:

Post a Comment