Monday 5 January 2015

I Love You Ustaz Poyo ! 6

Part 6
Fenn bernyanyi kecil sambil menuruni anak tangga. Selepas subuh tadi  dia tidak terus tidur kerana ada sesi taklim & usrah dari Aiman. Jadi terpaksalah dia menahan telinga untuk mendegar walhal pada masa itu fikirannya ke lain. Sampai ke penghujung usrah , Aiman menaikkan sedikit suaranya membuatkan Fenn tersentak dan terdiam kerana tajuk ceramahnya itu berkaitan dengan akhlak Fenn. Pagi ini dia berniat untuk berjalan dengan Fara dan Diana. Sejak beberapa hari lepas , dia tidak dibenarkan keluar oleh Daddynya. Dan itu semua sebab Aiman. Hari ini Fenn tidak peduli! Dia akan keluar jugak.
“Fenn , nak kemana tu?” soal Tan Sri Hisham sambil merenung anaknya yang ingin melalu meja makan itu.
Fenn berpaling. Dia mula mendekati Tan Sri Hisham. “Daddy , Fenn nak keluar. Lama dah tak jumpa Fara dan Diana” beritahunya.
“Aik , kenapa Fenn tak beritahu abang? Kalau tak dari tadi lagi abang bersiap” tiba-tiba Aiman bersuara. Sengaja nak mengusik.
Fenn mencebik. Ditenungnya wajah Aiman. “Apasal pulak nak beritahu U? Ada I decide nak bawa U sekali ke? Please lah , Aiman! Dahlah I rimas Nampak muka you dekat rumah nih , takkan kemana-mana I nak Nampak muka you tu” kutuk Fenn.
“Fenn!” Sergah Tan Sri Hisham.
“Kenapa cakap macam tu?” Fenn ditenungnya. Boleh pulak kurang ajar dengan Aiman.
Fenn mengerut dahi. “Betullah Daddy. Takkan apa-apa nak beritahu dia. Dia siapa nak ikut Fenn.”
Aiman disisi Tan Sri Hisham hanya diam. Memberi ruang untuk kedua beranak itu berbicara.
“Siapa cakap? Kan Daddy dah pernah cakap kalau Fenn nak keluar Aiman mesti ada sekali. Kalau tak , Fenn tak boleh keluar”! putus Daddynya. Teh di cawan dihirup perlahan.
Mata Fenn membulat. “What?! Eee , daddy. Why should him? Takkanlah Fenn nak jumpa kawan pun dia nak kena ikut. Ala , Daddy. Please. Abang Aiman tak payahlah ikut!” pujuk Fenn. Tak fasal-fasal keluar panggilan geli itu. Abang?! Eww.
Mata Aiman pula membulat. ‘Abang?! Aik , tak pernah-pernah panggil abang. Tersasul pulak? Macam-macam saja trick budak nih supaya aku tak ikut!’ rugut Aiman di dalam hati.
“Lagipun mesti abang Aiman banyak kerja. Nak baca Quran lagi. Nak pergi masjid lagi. Kan Abang kan?” ujar Fenn sambil merenung Aiman. Matanya sengaja dibulatkan supaya Aiman mengiyakan sahaja.
Aiman mengerut dahi. Kemudian , dia tersenyum. “Tak. Abang free hari ini. Lagipun abang belum ronda KL lagi.” Ucap Aiman sengaja ingin menyakitkan hati Fenn. Senyuman kecil dihadiahkan buat Fenn untuk menambah sakit hati Fenn.
Fenn mengetap bibir. Nafasnya naik turun. Geram dengan Aiman. “eee! Tak payahlah nak ikut orang! Orang keluar dengan perempuan lah. Tak malu ke?”
Aiman senyum lagi. “Lagi bagus daripada kita keluar berdua. Tak ada makhluk ketiga ikut sekali. Ya tak Pak long?” cadang Aiman. Matanya beralih kepada Pak Longnya pula.
Tan sri Hisham mengangguk. “Bagus sangat lah tu Aiman. Fenn , biarlah Aiman tu ikut. Mana tahu dekat jalan ada apa-apa , Aiman boleh tolong. Jangan nak degil sangat boleh tak!” Arah Tan Sri Hisham. Anaknya ini memang jenis kepala batu! Kepala besi!
Fenn mengeluh. Wajah Aiman yang selamba dijeling. Memang dia nak sakitkan hati aku! Aiman , aku benci kau!!!!! “Ok , Fine! Dahlah , orang gerak sekarang. Salam?” ujar Fenn sambil menghulur tangan ke arah Daddynya.
“Aaa , Aiman pergilah. Baik-baik jalan tu.” Arah Tan Sri Hisham. Huluran tangannya disambut dan dicium oleh Fenn. Sejurus menyalam tangan Daddynya , Fenn terus berlalu. Mukanya masam mencuka.
Aiman tergelak. “pergi dulu Pak Long!” ujarnya terus berlalu mengejar langkah Fenn.
*************************************************************************************
“Fenn , kat depan sana tu ada masjid. Boleh berhenti kejap ke?” ujar Aiman yang duduk disebelah tempat duduk pemandu.
Fenn mencebikkan bibirnya. “Kenapa pulak? Zohor kan lambat lagi masuk” balasnya.
“Tuh abang tahulah. Tapi abang nak dhuha kejap. 2 rakaat je. Boleh ye?” pohon Aiman. Dia lupa yang tadi dia belum melakukan solat sunat Dhuha.
Fenn mengetap bibir. “Isy , tuhlah tadi beria-ia kata dia Free. Sekarang nih nak buat pitstop pula. Buat orang lambat jelah dia nih!” rungut Fenn. Gear ditarik. Panas tadi belum reda , dah nak menambahkan suhu orang.
Aiman senyum dalam diam. “Ala , bolehlah. Abang janji tak lama okay?” ucap Aiman lembut. Dengan anak tan Sri yang ketegaq nih tak boleh jawab kasar-kasar kena lembut-lembut. Aiman yakin lama kelamaan hati Fenn yang keras pasti akan cair jugak jika diberi tarbiyah yang lembut dan penuh dedikasi.
Fenn mengeluh. “Ok , Ok fine! 10 minit saja tau. Kalau lambat  I tinggal” putus Fenn. Simbol Signal ditekan. Dia memberhentikan keretanya dihadapan Masjid At Taqwa.
Aiman senyum. See? Ada faedah jugak cakap lembut dengan dia nih.
Fenn merenung Aiman. “Hey , you tunggu apalagi? Cepatlah sedikit! I dah lambat tahu tak? Dah , pergilah!” tengking Fenn.
Aiman segera membuka tali pinggang keledarnya. Dia terus keluar dari kereta dan mengambil wuduk. Sementara itu Fenn memasang ear phone ditelinga. Lagu dimainkan. Daripada kebosanan tunggu si Poyo lebih baik dia mendengar lagu.
************************************************************************************
“Hey babe!” sapa Fara yang berdiri dihadapan Diana apabila dilihatnya kelibat Fenn yang sedang berjalan ke arah mereka. Tapi diikuti oleh lelaki? Siapa ya?
Fenn senyum. “Hai korang! Sorry lambat sebab ada orang tu sesuka hati je buat pitstop.” Sindir Fenn sambil menjeling sekilas mata Aiman yang ketika itu merenungnya.
“Its okay , babe. Tak adalah lama sangat. Kitorang pun baru je sampai” beritahu Fara.
Fenn mengangguk. Nasib baik kau Aiman. “Err , okaylah. Kita gerak sekarang jom” ajak  Fenn.
Fara dan Diana berjalan ke arah Aiman yang kelihatan macho memakai T-shirt Biru berjenama Adidas dan seluar jeans. Aksesori tambahan , kupiah diatas kepala. Memang sentiasa Aiman pakai kemana-mana pun.
“wait , babe. Nih sapa ?” soal Dian sambil membelek-belek sosok Aiman.
Fenn mengeluh. “Kenalkan , cousin aku. Aiman. Dari kampong!” sengara Fenn menguatkan sedikit nadanya dihujung ayat tu supaya Aiman sedar diri tentang asal usulnya.
“Ok , Hai. I fara!” ujar Fara gedik sambil menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Aiman.
“Hai Handsome. I Diana!” Diana jugak mengikut lagak Fara.
Aiman merenung Fenn. Fenn senyum sinis. Dia mendekati kedua-dua kawannya. “Sorry sikit. Cousin aku nih alim sikit orangnya! Tak bersalaman dengan kita” sindir Fenn lagi.
Aiman senyum walaupun geram dengan ucapan Fenn. “Saya Aiman” kata Aiman.
Fara dan Diana senyum kelat. “Its okay. Anyway Fenn , cousin you handsome!” puji Fara sambil mengenyitkan mata ke arah Fenn.
Fenn merenung Aiman yang senyum. “bangga la tuh!” perlinya dengan cebikkan bibir.
Aiman senyum. “well , semua orang puji abang handsome. Fenn tu saja yang buta tidak mengiiyakan kehandsomeman abang”! ucap Aiman sambil tergelak.
Fenn mecebikkan bibir. “eeeww , tolong sikit. Nak I muntah kat baju you?” Aiman dijeling. Kedengaran tawa Aiman.
“guys , just ignore him. Kita nak shopping kan. So , lets go!” ajak Fenn.
“But he looks handsome la Fenn!” puji Diana.
“haah weh! Aku rasa aku dah jatuh cinta pulak” tambah Fara.

Fenn menjeling. “Mengada! Dah jom!” Fenn terus menarik kedua-dua tangan sahabatnya untuk berjalan beririrangan dengannya. Tetang Aiman dia tidak peduli. Lantak dia lah! Dia yan nak ikut sangat kan? Rasakan! Getus hati Fenn.

No comments:

Post a Comment